P: Pertolongan kita pada nama Tuhan.
Umat: Yang menjadikan langit dan bumi.
Lalu daripada tanah TUHAN Allah membentuk segala binatang di padang dan segala burung di udara dan membawa semua mergastua itu kepada manusia untuk melihat bagaimana manusia itu menamai setiapnya. Apa pun nama yang diberikan manusia itu kepada setiap mergastua dan unggas, itulah yang menjadi namanya.Lalu daripada tanah TUHAN Allah membentuk segala binatang di padang dan segala burung di udara dan membawa semua mergastua itu kepada manusia untuk melihat bagaimana manusia itu menamai setiapnya. Apa pun nama yang diberikan manusia itu kepada setiap mergastua dan unggas, itulah yang menjadi namanya.
Sabda Tuhan.
Umat: Syukur kepada Allah
P: Allah, melalui kebijaksanaan-Mu,
Engkau menciptakan segala sesuatu
dan dalam kemurahan-Mu kuasa atas segala makhluk yang hidup Engkau berikan kepada manusia,
yang Engkau ciptakan seturut citra-Mu.
Hulurkanlah tangan-Mu dengan murah hati dan berilah,
agar binatang-binatang ini melayani keperluan-keperluan kami.
Semoga kami, hamba-hambaMu,
yang dibantu dengan pelbagai cara hidup masa kini,
dengan iman teguh, mengejar kebahagiaan abadi.
Demi Kristus Tuhan dan pengantara kami.
Umat: Amin.
(Pemimpin boleh memercik air suci kepada yang umat-umat dan haiwan-haiwan yang hadir.)