P: Demi nama Bapa, dan Putera dan Roh Kudus.
Umat: Amin
P: Semoga Allah Bapa serta Tuhan kita Yesus Kristus memberikan kurnia kesejahteraan kepada kita.
Umat: Sekarang dan selama-lamanya.
Pada waktu itu Yesus bersabda kepada murid-muridnya: "Akulah pokok anggur yang benar dan BapaKu penguasanya. Setiap ranting yang berbuah, dibersihkan-Nya supaya ia berbuah lebih banyak. Kamu memang sudah bersih kerana Firman yang telah Kukatakan kepada Mu. Tinggallah di dalam Aku. Sama seperti ranting tidak dapat berbuah dari dirinya sendiri, kalau ia tidak tinggal tidak berbuah, jikalau kamu tidak tinggal dalam Aku. Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya. Barang siapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Barang siapa tidak tinggal di dalam Aku, ia dibuang ke luar seperti ranting dan menjadi kering; kemudian dikumpulkan orang dan dicampakkan ke dalam api, lalu di bakar. Jikalau kamu tinggal di dalam Aku dan firman-Ku tinggal di dalam kamu, mintalah apa saja yang kamu kehendaki, dan kamu akan menerimanya. Dalam hal inilah Bapa-Ku dipermuliakan, iaitu jika kami berbuah banyak dan dengan demikian kamu adalah murid Ku."
Demikianlah Injil Tuhan.
Terpujilah Kristus
P: Bapa di syurga, dalam kegembiraan kami mengungkapkan isi hati kepada Mu; Terimalah pujian penuh rasa syukur kami pada hari ini. Semoga hari yang bahagia ini menjadikan kami semua lebih sedar akan kebaikan dan belas kasih-Mu yang tanpa batas kepada kami. Kami mohon:
(R) Kabulkanlah doa kami, ya Tuhan.
1. Semoga kegembiraan kami berlangsung terus, sebagai ranting yang terikat dengan Yesus Kristus, pokok anggur kami. Kami mohon. (U)
2. Semoga Engkau mendampingi semua anggota keluarga ini agar selalu terbuka mendengarkan sabda-Mu dan melaksanakannya dengan bantuan rahmat-Mu. Kami mohon. (U)
3. Semoga Engkau menjaga kesihatan mereka dengan penuh kasih sayang supaya mereka dapat melaksanakan tugas harian dengan baik. Kami mohon. (U)
4. Semoga Engkau membimbing langkah keluarga ini supaya selalu mengikut jalan yang ditunjukkan Tuhan. Kami mohon. (U)
P. Ya Bapa, segala permohonan ini kami satukan dalam doa yang diajarkan oleh Yesus Kristus kepada kami.
U: Bapa kami...
P: Ya Bapa, Engkau kekuatan kami, kepada Mu kami bernaung. Restuilah segala doa yang diungkapkan oleh umat-Mu dengan penuh kepercayaan. Semoga permohonan kami Engkau luluskan; Sebab Engkaulah sumber segala kasih sayang.
Demi Kristus Tuhan dan Juruselamat kami.
Umat: Amin.
P: Ya allah, yang Mahakuasa dan Maha Pengasih,
Lihatlah hambaMu yang berharap keadaMu.
Semoga mereka dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan umur panjang.
Dampingi serta peliharalah dia, agar dapat mencapai hari tuanya dengan mengabdi kepadaMu
dan kepada sesamanya.
Semoga berkatMu menyertai dia dalam melanjutkan perjalanan hidup.
Demi Kristus, Tuhan dan Pengantara kami.
Umat: Amin.
(Sambil memerciki dengan air suci, pemimpin berkata:)
P: Ya Tuhan,
Limpahkanlah berkatMu ke aatas saudara-saudari kami ini agar selau bersiap-sedia melaksanakan kehendakMu dalam perjalan hidup mereka dan tetap menjadi hambaMu yang setia.
U: Amin.